Negeri

Kebajikan keluarga nelayan Port Dickson terjejas projek Lexis Hibiscus 2 dibela

Kerajaan Negeri Sembilan tidak lepas tangan dalam membela kebajikan 40 keluarga nelayan di kawasan Pasir Panjang, Port Dickson terkesan projek pembangunan Lexis Hibiscus 2

Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, keluarga terbabit akan menerima pampasan RM1,000 setiap bulan sepanjang pembinaan projek itu yang dijangka siap Jun 2029.

“Sepanjang pembinaan projek itu nanti, sebahagian besar kawasan laut akan ditutup dan akan menjejaskan pendapatan nelayan.

“Pampasan yang diberikan ini adalah sebagai ganti rugi kerana mereka tidak dapat turun ke laut sepanjang projek ini berjalan,” jelasnya selepas merasmikan Majlis Pecah Tanah Pembangunan Lexis Hibiscus 2.

Pembangunan Lexis Hibiscus 2 dibangunkan bersebelahan dengan resort yang sedia ada dengan keluasan lebih kurang 80 ekar dan tempoh pelaksanaan projek ini akan mengambil masa selama lima tahun bermula pada Jun 2024 sehingga Jun 2029

Pembinaan resort dengan kerjasama strategik KL Metro Group dan Menteri Besar Negeri Sembilan-Pemerbadanan (MBINS) dijangka mampu mengukuhkan Port Dickson sebagai destinasi utama pelancongan dan percutian mewah selain bagi aktiviti membabitkan mesyuarat, insentif, konvensyen dan pameran (MIKP).

BACA LAGI: Rafizi lihat potensi jadikan Terengganu negeri peneraju sektor CCUS
.
“Saya dimaklumkan pihak pemaju juga akan memberi keutamaan kepada anak-anak keluarga nelayan terbabit untuk mendapat tawaran pekerjaan di Lexis Hibiscus.

“Dijangkakan projek pembangunan ini bakal mewujudkan kira-kira 5,000 peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan,” kata Aminuddin.

Related Articles

Back to top button