Semasa

SPRM buka semula kes kapal selam, panggil 4 individu beri keterangan minggu depan

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memanggil empat individu termasuk seorang pemilik syarikat bagi dirakam keterangan berkaitan kes berkait pembelian kapal selam Scorpene.

Dipetik laporan media, empat individu itu akan dirakam percakapan mereka minggu depan bagi menjelaskan beberapa perkara susulan penemuan petunjuk baharu oleh SPRM dalam siasatan kes itu.

“Siasatan SPRM akan memfokus kepada sama ada berlaku pecah amanah atau salah guna kuasa dalam pembelian berkenaan,” katanya.

Pada Jumaat, media melaporkan suruhanjaya itu telah menemui petunjuk baharu dalam siasatan kes pembelian kapal selam Scorpene daripada syarikat Perancis.

Difahamkan, siasatan terbaru itu akan menumpukan kepada kes disyaki penyelewengan sebanyak RM42 juta, iaitu sebahagian daripada RM530 juta yang dibayar dalam kontrak pembekalan perkhidmatan sokongan dalam pembelian kapal selam terbabit.

BACA LAGI: Pencegahan rasuah dari bangku sekolah, SPRM seru pelajar jadi Wira Anti Rasuah

Sumber dipetik berkata, sebuah syarikat tempatan juga dalam radar siasatan SPRM kerana dikatakan membuat pembayaran kepada beberapa syarikat tanpa pengetahuan Lembaga Pengarah.

Pembayaran berjumlah RM42 juta berkenaan dipercayai diseleweng kepada syarikat-syarikat dimiliki ahli keluarga kepada pemilik syarikat terbabit.

Related Articles

Back to top button