Nasional

KDN tubuh Unit Data Sains, tangani jenayah kecerdasan buatan

Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersedia memperkuat keupayaan untuk menangani jenayah komersil yang semakin kompleks, khususnya melibatkan teknologi kecerdasan buatan atau Artifical Intelligence (AI).

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, selain latihan untuk membangunkan keupayaan PDRM khususnya di bahagian Jabatan Siasatan Jenayah Komersil yang dibuat secara berterusan, pihaknya telah menubuhkan Unit Data Sains.

“KDN ini satu kementerian yang sangat kaya dengan data, data ini sumber pendapatan baharu bukannya minyak atau sawit, dengan itu kita wujudkan Unit Data Sains ini untuk menganalisa kesemua data yang ada dalam KDN termasuk di bawah PDRM.

“Bila data ini kita analisis, kita boleh boleh hasilkan ‘predictive’ model, kita boleh menjangkakan apa yang akan berlaku, dan bila kita tahu kita boleh ‘mitigate’ untuk kurangkan kesan itu.

Beliau menjawab soalan tambahan daripada Senator Datuk Seri Zurainah Musa yang bertanya mengenai kesediaan kerajaan dalam menghadapi jenayah melibatkan AI, di Dewan Negara pada Isnin.

Katanya, selain daripada jenayah komersil sedia ada jenayah telekomunikasi, kekewangan, ‘love scam’, jenayah e-dagang, penipuan pelaburan, dan penipuan pinjaman yang dijangka semakin berleluasa pada masa hadapan, PDRM menjangkakan jenayah berbentuk AI Generative, akan mula menjadi trend.

Related Articles

Back to top button