Negeri

Selangor peruntukkan RM20 juta tahun ini untuk baik pulih jalan diseluruh negeri

Kerajaan Negeri Selangor akan meneruskan Projek Turapan Mega di negeri itu bagi memastikan jalan di negeri itu berada dalam keadaan baik sekali gus menjamin keselamatan pengguna.

EXCO Infrastruktur Ir Izham Hashim berkata, bagi tahun ini, kerajaan negeri memperuntukkan RM20 juta menerusi peruntukan tambahan Sistem Maklumat Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS) membabitkan projek melibatkan semua laluan termasuk jalan negeri, pihak berkuasa tempatan (PBT) dan kampung.

“Bermula tahun ini, projek mega akan dibuat secara tahunan. Ini lebih berkesan dan jalan hanya perlukan kos selenggara sahaja berbanding kita labur kos tinggi untuk laksana projek dalam tempoh empat atau lima tahun sekali.

“Sekarang kita buka permohonan bawah Jabatan Kerja Raya. Pusat khidmat, ketua kampung boleh membuat permohonan.

“Sebelum ini kita baiki ikut had daerah tapi kali ini kıta utamakan permohonan awal dan tahap kerosakan serius,” katanya

Sementara itu Ir Izham memaklumkan, Kerajaan Selangor membelanjakan RM50 juta bagi projek turapan jalan raya secara mega sepanjang tahun lalu.

Projek meliputi jarak 94.9 kilometer melibatkan 66 jalan di Petaling diikuti Klang (39), Gombak (29), Hulu Langat (27), Sepang (19), Sabak Bernam (17), Kuala Langat (16), Kuala Selangor (11) dan Hulu Selangor (lapan) itu bertujuan meningkatkan kemudahan penduduk dan dijalankan secara menyeluruh.

BACA LAGI: Nelayan di Selangor terbela, Kerajaan Negeri salur peruntukkan RM400,000

Pemilihan jalan untuk kerja baik pulih itu berdasarkan aduan tertinggi daripada orang awam yang dilaporkan menerusi Twitter atau aplikasi Infrasel kendalian anak syarikat negeri, Infrasel Sdn Bhd (Infrasel).

Sejak 2021 hingga tahun lalu, lebih 39,000 kerja turapan jalan dilaksanakan Infrasel bagi memastikan keselesaan pengguna.

Related Articles

Back to top button