Semasa

Program Ziarah MADANI: YaPEIM Perak agih sumbangan berjumlah hampir RM50,000

YayasanPembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) negeri Perak pada Sabtu telah mengagihkan bantuan berjumlah RM49,500 melalui Program Ziarah MADANI.

Seksyen Komunikasi Korporat YaPEIM dalam satu kenyataan memaklumkan sumbangan terdiri daripada wang tunai RM200 kepada 30 keluarga B40, pesakit kronik dan anak yatim berjumlah RM6,000 serta set bantuan makanan RM100 kepada 100 keluarga berjumlah RM10,000.

Selain itu jelasnya, sumbangan peralatan dan prasarana berjumlah RM5,500 turut diagih kepada Masjid Ridzwaniah, Kuala Kangsar.

“Bantuan kewangan pendidikan RM50 seorang turut diagihkan kepada 100 pelajar daripada lima sekolah membabitkan peruntukan berjumlah RM5,000.

“YaPEIM turut menyumbang RM21,500 bagi penganjuran jamuan rakyat, penganjuran program Sinar Sihat melalui pemeriksaan kesihatan berjumlah RM1,000 dan penganjuran program Celik Kendiri kepada 100 pelajar sebanyak RM500,” menurutnya.

Sumbangan diserahkan Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah YaPEIM, Datuk Mohd Radzif Mohd Yunus mewakili Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.

Sejak 1985, YaPEIM telah mengagihkan peruntukan sebanyak RM700 juta kepada 10 juta penerima manfaat di seluruh negara.

BACA LAGI: Kerajaan akan nilai semula bantuan Budi Madani RM200 ikut keperluan semasa

Peruntukan itu membabitkan tiga teras program iaitu Pembangunan Ekonomi Islam, Pendidikan dan Pembangunan Sosial merangkumi agihan Program Foodbank YaPEIM, Sinar Kasih, Inspirasi Prihatin YaPEIM, Program Sinar Lestari YaPEIM, Inspirasi Pendidikan YaPEIM dan Pembangunan Usahawan.

Sementara itu, Mohd Na’im melalui teks ucapan yang dibacakan berkata bantuan dan program kemasyarakatan YaPEIM diharap memberi manfaat dan nilai tambah dalam kehidupan penerima manfaat.

Related Articles

Back to top button