Politik

KEADILAN negeri Sabah lancar Deklarasi Kinabalu

Parti KEADILAN telah melancarkan Deklarasi Kinabalu bersempena ulangtahun ke-25 tahunnya.

Pelancarannya disempurnakan Perdana Menteri merangkap Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Konvensyen Keadilan Sabah di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah pada Ahad.

Pengerusi KEADILAN negeri, Datuk Mustapha Sakmud melalui ucapan di konvensyen itu berkata deklarasi tersebut menggariskan tujuh perkara yang disebut sebagai ‘SINERGI KEADILAN Sabah’.

Akronim SINERGI jelasnya merujuk kepada S (Satu); I (Integriti dan Inovasi); N (Nilai); E (Ekonomi); R (Reformasi); G (Glokal) dan I (Idea).

” ‘Satu’ merujuk cita-cita KEADILAN sebagai parti yang menyatukan rakyat dalam pengukuhan agenda negara bangsa berdasarkan kerangka Malaysia MADANI.

” ‘Integriti dan Inovasi’ pula mengangkat pemerkasaan perkhidmatan kepada rakyat melalui tatakelola kerja berintegriti, berinovasi dan penuh empati,” kata Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi itu.

Mustapha sementara itu menjelaskan, perkara ketiga, ‘Nilai’ dalam deklarasi itu mencermunkan politik dengan nilai dan adab, merit serta keupayaan kapasiti yang berkualiti dalam menjamin kepimpinan insani dan kalis masa hadapan.

Perkara keempat iaitu ‘Ekonomi’ memperincikan hasrat KEADILAN Sabah memastikan kemudahan infrastruktur asas yang memberi kehidupan berkualiti kepada rakyat dapat disampaikan secara saksama di semua kawasan khususnya luar bandar.

BACA LAGI: Kerajaan pertahan kedaulatan negara, tidak layan sebarang tuntutan termasuk di Sabah

“Glokal selaku perkara keenam pula merupakan komitmen KEADILAN Sabah mempertahankan kedaulatan dan autonomi Sabah dalam Persekutuan Malaysia.

“Ini seperti yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan bertindak sebagai masyarakat glokal yang memperjuangkan hak orang Asal,” katanya.

“Manakala perkara ketujuh iaitu ‘Idea’, KEADILAN Sabah akan meletakkan negeri ini sebagai wilayah peneraju idea dan pemimpin pemikiran kehidupan masyarakat yang pelbagai,” tambahnya.

Related Articles

Back to top button