Semasa

LKIM akan tutup premis yang dikesan seleweng diesel untuk nelayan

Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) memberi amaran akan membatalkan kelayakan subsidi bagi nelayan yang didapati terlibat kegiatan menjual diesel secara haram.

Pengerusi LKIM, Muhammad Faiz Fadzil berkata, arahan penutupan premis juga akan diambil terhadap mana-mana pusat jualan diesel nelayan yang didapati menjalankan aktiviti penyelewengan.

“Kita akan ambil tindakan segera tutup premis jualan diesel nelayan kalau terlibat ketirisan dan penyelewengan. Tetapi daripada kajian kita, tidak berlaku ketirisan atau jualan ketara di laut seperti yang digembar-gemburkan sesetengah pihak.

“Kalau ada kes terpencil, sebab kos operasi terbesar nelayan adalah minyak iaitu 60 peratus,” katanya.

Fahmi ditemui pemberita selepas menyampaikan peralatan menangkap ikan bernilai RM225,000 kepada 99 nelayan Terengganu pada Program Rahmah Mesra MADANI Bersama Nelayan di Pelabuhan Chendering, di Kuala Terengganu pada Selasa.

BACA LAGI: Unjuran ekonomi negara makin teruk jika penyasaran subsidi diesel tidak dilakukan

Sementara itu jelasnya, LKIM kini menyasarkan untuk membuka lima lagi Kedai Runcit Nelayan termasuk di Kedah dan Selangor pada tahun ini.

Ketika ini jelasnya terdapat 10 premis berkenaan yang diwujudkan bagi membantu golongan nelayan mempelbagaikan kegiatan ekonomi supaya tidak terlalu bergantung kepada aktiviti menangkap ikan.

Related Articles

Back to top button