Semasa

KPKM sokong usaha Sarawak majukan projek tenusu

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) menyokong usaha kerajaan Sarawak memajukan projek pengeluaran tenusu dan pedaging kerbau di negeri itu.

Menterinya, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, ketika ini negara hanya mampu memenuhi 15 peratus keperluan daging tempatan dan projek tersebut mampu meningkatkan bekalan pedaging tempatan sekali gus memastikan negara mampu mengurangkan kebergantungan terhadap import daging.

“Malaysia masih jauh ketinggalan dalam pengeluaran daging tempatan dengan negara kini hanya mampu memenuhi 15 peratus daripada keperluan.

“Sebanyak 85 peratus daripada bekalan daging perlu diimport, ini menunjukkan keperluan mendesak untuk meningkatkan pengeluaran daging tempatan khususnya kerbau dan lembu pedaging,” katanya.

Mohamad sebelumnya hadir ke majlis Santai KPKM bersama Penternak, Petani dan Nelayan di Lawas, Sarawak.

BACA LAGI: LKIM akan tutup premis yang dikesan seleweng diesel untuk nelayan

Pada majlis itu, Mohamad turut menyampaikan geran Program Usahawan Kerbau yang bernilai RM1.7 juta kepada 10 penerim, Lesen Sampan Khas Daerah Lawas kepada 38 penerima dan Bantuan Kluster Ternakan Ikan Dalam Sangkar Air Payau serta Bantuan Input Ternakan dan Peralatan kepada enam penerima bernilai lebih RM370,000.

Sementara itu pada ucapannya, beliau turut menyeru masyarakat tempatan mengambil peluang dalam program Komuniti Madani bagi merancakkan aktiviti ekonomi termasuk dalam sektor pertanian dan makanan.

Related Articles

Back to top button