Semasa

Kementerian Ekonomi, MOT kerjasama ubah landskap pengangkutan awam – Rafizi

Kementerian Ekonomi komitmen untuk mentransformasi landskap pengangkutan awam di Malaysia, tegas menterinya Rafizi Ramli.

Justeru jelasnya, kementerian itu sedang bekerjasama dengan Kementerian Pengangkutan (MOT) dengan memberi penekanan khusus di Lembah Klang.

“Bagi mencapai sasaran ini, Kementerian Ekonomi bersama MOT telah menjalankan satu bengkel strategik pada 17 Mei lalu, bagi mengenal pasti pelaburan utama yang diperlukan untuk meningkatkan dan memperluaskan rangkaian pengangkutan awam.

“Sejajar dengan itu, sebuah pelan komprehensif sedang dibangunkan merangkumi strategi pelaburan dan pelan pelaksanaan yang menyeluruh. Pelan ini telah dibentangkan dalam mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) pada 1 Julai lalu,” katanya pada sidang akhbar di Putrajaya pada Rabu.

Berdasarkan Dasar Pengangkutan Negara 2019-2030, kerajaan mensasarkan untuk mencapai 40 peratus penggunaan pengangkutan awam menjelang 2030.’

BACA LAGI: Selari matlamat rasionalisasi subsidi, kerajaan fokus tingkat khidmat pengangkutan awam

Rafizi sementara itu berkata, kerajaan sedang mempertimbangkan peningkatan tiga aspek utama dalam pengangkutan awam iaitu perkhidmatan bas, rangkaian rel, dan ketersambungan ‘first and last mile’ yang bersepadu.

Bagi perkhidmatan bas, usaha tersebut akan meliputi pengembangan ketersambungan dan liputan, peningkatan ketersediaan dan konsistensi, serta memperkenalkan lorong khas bas bersama sistem Kuala Lumpur Autonomous Rail Transit (KL ART) dan Bus Rapid Transit (BRT).

Related Articles

Back to top button