Semasa

Kerajaan teruskan SIKR, sediakan peruntukkan RM18 juta bagi manfaat 300,000 penerima

Skim Insurans Kesejahteraan Rakyat (SIKR) 2.0 akan diteruskan dengan peruntukan RM18 juta.

Menurut Datuk Seri Anwar Ibrahim pada ucapan perasmian SIKR 2.0 di Program Madani Rakyat Zon Selatan 2024 di Johor Bahru pada Sabtu berkata, skim insurans berkenaan akan melibatkan seramai 300,000 penerima.

“Melihatkan kepada keberkesanan skim ini serta manfaat yang diterima daripada waris-waris apabila ketua isi rumah (KIR) mereka meninggal dunia maka insurans ini diteruskan pada tahun ini.

“Perlindungan selama 12 bulan ini akan diberikan kepada KIR yang terdiri daripada penerima golongan miskin dan miskin tegar yang berdaftar dengan Pangkalan Data Kemiskinan Nasional,” katanya.

BACA LAGI: KKM peruntukkan RM137 juta setahun, selenggara 201 klinik kesihatan

Skim insurans berkelompok itu mula diperkenalkan tahun lalu, ia mendapat sambutan menggalakkan daripada penerima khususnya masyarakat B40.

Ia merupakan inisiatif kerajaan bagi memberi perlindungan takaful percuma kepada ketua isi KIR yang terdiri daripada golongan miskin dan miskin tegar apabila berlaku kemalangan atau kematian.

Related Articles

Back to top button