Semasa

Reformasi perkhidmatan awam : Kementerian Ekonomi beri sokongan penuh

Hasrat murni Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk melaksana mereformasi perkhidmatan awam disambut baik Kementerian Ekonomi.

Melalui satu kenyataan pada Ahad kementerian itu menyatakan komitmen untuk bekerjasama agar hasrat dinyatakan diterjemahkan di peringkat kementerian dan agensi-agensi di bawahnya.

“Hasrat Perdana Menteri yang mahu reformasi perkhidmatan awam berjalan dengan penegasan khusus ke atas aspek produktiviti dan kecekapan perkhidmatan, amat dialu-alukan.

“Kerajaan Malaysia komited untuk mereformasi perkhidmatan awam,” menurut kementerian berkenaan.

Kenyataan itu turut menyatakan keyakinan bahawa penjawat awam sentiasa bersedia untuk melakukan perubahan dan anjakan paradigma dari segi tingkah laku serta pemikiran dengan tujuan meningkatkan daya saing negara.

BACA LAGI: Kerajaan pastikan bekalan keperluan asas untuk Orang Asli tak terputus

Perdana menteri semasa Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) Ke-19 pada Jumaat lalu berkata, Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) yang menggantikan Sistem Saraan Malaysia (SSM) berkuat kuasa 1 Disember ini, mengandungi roh dan semangat Reformasi Perkhidmatan Awam yang perlu dilaksanakan bagi menjayakan agenda Malaysia MADANI.

Tiga ikhtiar untuk menjayakan reformasi itu tegasnya ialah meningkatkan kadar produktiviti dan kecekapan perkhidmatan awam; meningkatkan kesediaan penjawat awam dalam melaksanakan perubahan serta meningkatkan daya saing negara.

Related Articles

Back to top button