Semasa

Keluarga Allahyarham Istiqomah akan dibantu, diberi khidmat psikososial – Fadhlina

Kementerian Pendidikan (KPM) akan memberi khidmat psikososial termasuk kaunseling secara berterusan kepada keluarga terutama anak-anak Allahyarham Istiqomah Ahmad Rozi.

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek menyatakan komitmen itu ketika menziarahi keluarga Allahyarham di kediaman mereka di Kampung Kubang Badak, Pasir Mas pada Selasa.

“Kita harap ia (kaunseling) diberi secara berterusan dan saya minta Ketua Pengarah (Pendidikan) melihat keperluan untuk menyokong dari pelbagai aspek khususnya bagi anak yang masih bersekolah.

“Saya merakamkan takziah dan pada kesempatan ini kita telah sampaikan sumbangan bagi memberi sokongan kepada keluarga termasuk daripada Yayasan Guru Tun Hussein Onn (YGTHO),” katanya.

Istiqomah, 33, dilaporkan hilang di Kota Masai, Johor pada 27 Dis 2023 sebelum mayatnya ditemukan dalam keadaan tragis di Kampung Tanjung Rimau, Pulau Sebang, Alor Gajah, Melaka pada 31 Dis dipercayai dibunuh.

BACA LAGI: KPM pastikan projek baik pulih selesai ikut jadual, demi keselesaan murid

“Kejadian ini memberi kesan yang menyayat hati apatah lagi Cikgu Istiqomah seorang guru yang sangat berdedikasi dan memberi komitmen sepenuhnya sebagai pendidik.

“Allahyarham sudah lama berkhidmat sebagai pendidik di sekolah rendah di Johor dalam mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) dan seorang yang komited dengan kerjanya,” kata Fadhlina.

Beliau sementara itu berkata, pihaknya turut akan melihat keperluan lain termasuk pemberian pencen untuk keluarga serta kebajikan untuk anak-anak Allahyarham.

Related Articles

Back to top button