GlobalUncategorized

Malaysia-Turkiye tingkat kerjasama pertahanan

Malaysia dan Turkiye menyatakan persetujuan bersama untuk memfokuskan kerjasama pertahanan yang produktif merangkumi bidang sains, teknologi dan industri pertahanan.

Kementerian Pertahanan berkata, perbincangan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Menteri Pertahanan Turkiye, Tuan Yang Terutama (TYT), Yasar Guler pada Selasa di Wisma Pertahanan pada Selasa.

“Antara persetujuan dicapai kedua-dua negara adalah mengukuh dan memperluaskan kerjasama pertahanan dua hala melalui memorandum persefahaman (MoU) baharu yang akan bertindak sebagai penaung bagi memudahkan kedua-dua kementerian dan angkatan tentera dalam pelbagai konteks kerjasama.

“Kedua-dua pemimpin juga bersetuju untuk mempercepat ketetapan MoU baharu menjelang akhir tahun ini.

“Kedua-dua negara turut meneroka peluang baharu untuk bekerjasama dalam tahap kebolehoperasian dan ketersediaan kedua-dua angkatan tentera dalam semua domain darat, laut, udara, siber, AI dan perkongsian risikan,” katanya.

BACA LAGI: Malaysia-Turkiye bakal tingkat bantuan kemanusiaan ke Gaza

Terdahulu Guler mengadakan kunjungan hormat ke atas Mohamed Khaled.

Ia adalah lawatan balas oleh Guler setelah lawatan rasmi pertama Mohamed Khaled ke Ankara pada 11 Jun lalu, selain memperkukuh hubungan pertahanan yang lama terjalin sejak 1985.

Sementara itu Kementerian Pertahanan berkata, lawatan rasmi Guler mencerminkan ikatan pertahanan dua hala yang kukuh antara kedua-dua negara dengan menunjukkan perkongsian berwibawa yang ditakrifkan oleh Tonggak Ketiga Strategi Pertahanan Negara dalam Kertas Putih Pertahanan Malaysia.

Related Articles

Back to top button