Nasional

Syarikat teknologi maklumat India luaskan empayar di Malaysia

Syarikat teknologi maklumat multinasional berasal negara India, Tata Consultancy Services (TCS) akan meluaskan empayar mereka di Malaysia.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abd Aziz berkata dengan permulaan 1,600 pekerja, syarikat itu bakal menggandakan jumlah pekerja mereka.

“TCS sudah pun membuka ibu pejabat untuk operasi ASEAN di Malaysia, dan kini mereka ingin mengembangkan operasi mereka di sini. Antara projek yang dirancang ialah pembukaan Pusat Kecemerlangan AI dan Pusat Keselamatan Siber.

“Dari 2021 hingga Mac 2024, jumlah pelaburan digital yang diluluskan berjumlah hampir RM162 bilion, dan menjana hampir 3,700 peluang pekerjaan,” kongsinya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Zafrul menambah, Kementeriannya akan terus bersama kementerian berkaitan untuk memudah cara pelaburan berkualiti dalam ekonomi digital, selaras dengan fokus Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP2030) untuk meletakkan Malaysia sebagai hab AI Generatif serantau.

Terdahulu, beliau menyaksikan pertukaran tujuh memorandum persefahaman (MoU) membabitkan syarikat dari Malaysia dan India, merangkumi industri logistik, ekuiti swasta, pelaburan dan syarikat pemula di New Delhi India, dalam lawatan rasmi tiga hari Perdana Menteri ke negara itu.

Related Articles

Back to top button