ekonomi

Ekonomi Madani: 6 daripada 7 penanda aras capai sasaran, kata MINDA -UKM

Kerangka Ekonomi Madani dilihat sedang bergerak di landasan tepat dan mampu mencapai sasaran ditetapkan kerajaan menjelang tahun 2033.

Pengarah Institut Pembangunan dan Kemajuan Inklusif Universiti Kebangsaan Malaysia (MINDA-UKM), Tan Sri Dr Noor Azlan Ghazali enam daripada tujuh penanda aras ditetapkan mencapai sasarannya.

Bagaimanapun, kerajaan jelasnya perlu memberi perhatian kepada penanda aras kedua iaitu meletakkan Malaysia di tangga ke-12 teratas dalam Indeks Daya Saing Global yang masih belum menepati piawaian.

“Kerajaan perlu mengiktiraf bahawa negara berhadapan dengan keadaan menggusarkan, tidak salah untuk menyedarkan masyarakat bahawa Malaysia berhadapan masalah besar.

“Kerajaan, perniagaan serta masyarakat mempunyai peranan untuk meningkatkan daya saing negara dan tidak boleh hanya (melibatkan) jawatankuasa Kabinet.

“Pasukan ini bertindak untuk menyusun strategi, melaksana, memantau dan melapor secara berterusan,” katanya.

Beliau sebelumnya hadir ke sidang akhbar Setahun Ekonomi Madani dan Transformasi Ekonomi Bumiputera di Bangi pada Khamis.

Dalam pada itu, Noor Azlan menjelaskan, penarafan daya saing menjadi antara maklumat yang mendasari keputusan pelabur domestik dan antarabangsa dalam menentukan lokasi pelaburan serta sumber berkualiti termasuk aliran modal dan bakat.

BACA LAGI: Kerajaan beri pencerahan dasar ekonomi Madani pada Program Madani Rakyat

Selain itu menurutnya, hanya segmen prestasi ekonomi yang masih bertahan iaitu di kedudukan kelapan.

“Tiga kategori lain iaitu kecekapan kerajaan, perniagaan dan infrastruktur masing-masing berada di tangga ke-33, 40 dan 35.

“Kedudukan daya saing ini menuntut kita segera bertindak bagi menjayakan kerangka ekonomi tersebut.

“Namun status yang dilaporkan itu bukanlah rumusan untuk Ekonomi Madani,” jelasnya.

Related Articles

Back to top button