Semasa

Tiada perancangan REE diurus syarikat GLC, kekal milik hak negeri – Nik Nazmi

Kerajaan Persekutuan setakat ini tidak mempunyai sebarang perancangan untuk menguruskan hasil unsur nadir bumi bukan radioaktif (NR-REE) melalui syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES), Nik Nazmi Nik Ahmad, memberi jaminan bahawa hasil perlombongan mineral unsur nadir bumi bukan radioaktif (NR-REE) akan kekal menjadi hak kerajaan negeri.

Ia berpandukan Perlembagaan Malaysia bahawa perlombongan mineral termasuk NR-REE selain minyak dan gas (OnG) terletak di bawah bidang kuasa kerajaan negeri.

“Kami bergerak mengikut kerangka Perlembagaan, di mana mineral selain minyak dan gas adalah di bawah bidang kuasa kerajaan negeri.

“Jadi, mengenai isu penubuhan GLC dan sebagainya, ia tidak timbul buat masa ini walaupun ada dicadangkan semasa perbahasan di Parlimen.

“Cuma kita hendak bangunkan satu rangkaian industri yang lengkap dan bila ianya dieksport itu membabitkan kuasa kerajaan persekutuan,” katanya dalam satu sidang media di Ipoh pada Selasa.

Mengulas lanjut beliau berkata, pihaknya kini hanya berada dalam fasa perbincangan mengenai kerangka industri REE.

BACA LAGI: Potensi besar industri REE tempatan perlu dimanfaat sepenuhnya

Sebagai rekod,Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) Bilangan 6 Tahun 2024 dipengerusikan Perdana Menteri baru-baru ini menegaskan Malaysia perlu memanfaatkan sepenuhnya potensi besar industri REE, terutama daripada sumber tempatan.

Justeru itu kerjasama dengan pemain antarabangsa yang memiliki kepakaran perlu didasarkan kepada matlamat akhir membangunkan keseluruhan rantaian industri dalam negara.

Related Articles

Back to top button