Sukan

Hadiah sempena hari kebangsaan, beregu badminton negara mara ke final Terbuka Korea

Beregu wanita utama negara, Pearly Tan-M Thinaah memeriahkan sambutan Hari Kebangsaan apabila mengesahkan tempat ke final Terbuka Korea 2024 yang berlangsung di Stadium Tertutup Mokpo di Seoul.

Pada Sabtu, pasangan di ranking kesembilan dunia itu tampil penuh bertenaga untuk menang straight set 21-18, 21-13 menumbangkan pilihan pertama kejohanan yang juga gandingan nombor dua dunia yang juga wakil tuan rumah Baek Ha Na-Lee So Hee dalam aksi separuh akhir

Kejayaan mara ke final kejohanan berstatus Super 500 itu menyaksikan Pearly-Thinaah yang diletakkan sebagai pilihan keempat berpeluang merangkul gelaran pertama musim ini, selepas terkandas di pusingan suku akhir Terbuka Jepun, minggu lepas.

Menanti mereka di perlawanan akhir pada Ahad iaitu satu lagi wakil tuan rumah, Jeong Na-eun-Kim Hye-jeong yang mara selepas menewaskan rakan senegara, Lee Yu-lim-Shin Seung-chan 21-14, 21-11.

BACA LAGI: Kerangka baharu sukan bakal disiapkan, tingkat prestasi sukan negara

Selain beregu wanita, beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei juga mara ke final Terbuka Korea setelah menewaskan gandingan berpengalaman dari China, Cheng Xing-Zhang Chi.

Tang Jie-Ee Wei yang berstatus nombor 12 dunia akan berdepan satu lagi wakil China, Guo Xin Wa-Li Qian di perlawanan akhir.

Related Articles

Back to top button