Semasa

Malaysia bakal umum pencalonan kerusi lembaga eksekutif UNESCO secara rasmi

Malaysia akan secara rasmi mengumumkan pencalonan untuk bertanding bagi kerusi Lembaga Eksekutif Tapak Warisan Dunia UNESCO penggal 2025 hingga 2029.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melalui satu kenyataan pada Ahad berkata, pengumuman akan dilakukan susulan pertemuan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, dengan Timbalan Ketua Pengarah UNESCO, Xing Qu, di Paris, Perancis.

Fadhlina, yang juga merupakan Presiden Suruhanjaya Kebangsaan UNESCO Malaysia (SKUM) berkata Malaysia membawa misi mempromosikan pertumbuhan nasional yang inklusif, melindungi alam sekitar, dan memperjuangkan keadilan sosial berlandaskan prinsip “Membina Masa Depan Yang Berbeza” (BFD).

Justeru langkah strategik itu diharap dapat memberikan sumbangan yang signifikan terhadap kelestarian, inklusiviti, penciptaan peluang, dan keamanan global.

BACA LAGI: KPM galakkan pelajar jalankan aktiviti pembelajaran di Tapak Warisan UNESCO

“Malaysia beriltizam melaksanakan beberapa langkah penting untuk merealisasikan objektif BFD melalui kompetensi UNESCO dalam bidang seperti pendidikan, sains semula jadi, sains dan sains sosial, kebudayaan, dan inisiatif kerjasama dengan semua pihak,” katanya.

Sementara itu KPM dalam kenyataan sama memaklumkan, Fadhlina mengetuai delegasi Malaysia ke Minggu Pembelajaran Digital 2024 yang akan berlangsung di Ibu Pejabat UNESCO di Paris mulai Ahad.

Related Articles

Back to top button