Semasa

Ancaman fahaman radikal masih wujud dalam negara – Menteri KDN

Ancaman dan fahaman radikal masih wujud di negara ini tegas Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Saifuddin pada sidang media di majlis penutup Persidangan Keselamatan Dalam Negara 2024 di Kuala Lumpur pada Isnin bagaimanapun berkata, perkara itu masih dalam kawalan pihak berkuasa.

Malah jelasnya, Ketua Polis Negara Tan Sri Razaruddin Husain kerap memberikan input setiap minggu apa yang berlaku di lapangan

“Jangan ingat kes Ulu Tiram itu kes terpencil. Malah, jangan anggap (ambil mudah) tangkapan beberapa elemen Daesh dari pensyarah universiti hingga ke suri rumah serta pekerja sektor binaan.

BACA LAGI: Tak perlu simpati kepada penyerang Balai Polis Ulu Tiram – Majlis Fatwa Johor

“Ia masih lagi terus berkembang dan masih wujud.

“Apa pun keadaannya, yang paling penting jaminan bahawa pasukan polis berkemampuan untuk mengawal trend itu,” katanya melalui sidang media.

Terdahulu Saifuddin dalam ucapannya mendedahkan masih terdapat beberapa kumpulan di Malaysia yang memegang keyakinan bahawa selagi kerajaan tidak mengamalkan fahaman Islam, kerajaan itu perlu ditentang.

Related Articles

Back to top button