PM Anwar dijadulkan hadiri Forum Ekonomi Timur (EEF) di Russia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadualkan menghadiri Forum Ekonomi Timur (EEF) di Vladivistok, Russia.
Rakan media rasmi forum itu, Sputnik melalui laporannya pada Isnin berkata, Perdana Menteri turut dijadualkan bertemu Presiden Russia, Vladimir Putin pada forum itu.
“Anwar Ibrahim berhasrat untuk bertemu dengan Presiden Russia, Vladimir Putin di EEF untuk membincangkan kerjasama ekonomi, menekankan kedudukan bebas negaranya,” kata laporan itu memetik kenyataan Yayasan Roscongress.
EEF 2024 akan diadakan dari 3 hingga 6 September di kampus Universiti Persekutuan Timur Jauh.
Awal Ogos lalu, Anwar pada satu acara di Petaling Jaya mendedahkan telah diundang ke Vladivistok untuk bertemu Putin.
BACA LAGI: Negara utama dalam BRICS sokong penyertaan Malaysia – PM Anwar
Kedua-dua pemimpin dijangka akan membincangkan soal kerjasama ekonomi membabitkan kedua-dua negara.
Langkah itu jelasnya mencerminkan pendirian kerajaan yang mengambil pendekatan lebih terbuka dalam ekonomi dengan mengamalkan dasar terbuka dengan semua negara.