Semasa

Fahmi jawab MCCBCHST, tiada penempatan baharu pegawai JAKIM di jabatan kerajaan

Menteri Komunikasi menegur kenyataan dikeluarkan kumpulan antara agama bukan Islam, Majlis Perundingan Malaysia bagi Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Taoisme (MCCBCHST) berkaitan penempatan pegawai JAKIM di jabatan kerajaan dan kementerian.

Fahmi Fadzil berkata, kenyataan MCCBCHST bahawa langkah itu berpotensi mengganggu pengubalan dasar dan menjejaskan jaminan perlembagaan termasuk hak asasi yang dilindungi oleh Perkara 5 hingga 13 adalah tidak berasas dan dikhuatiri akan mencetuskan salah faham.

Tabahnya, dasar itu yang dilaksana sekitar tahun 2006 dan 2007, dan kini tiada penempatan baharu membabitkan pegawai JAKIM di mana-mana jabatan atau kementerian dilakukan.

“Pegawai agensi yang ada di sejumlah kementerian terdiri daripada mereka yang ditempatkan sejak dahulu

“Maka untuk mengeluarkan tuduhan bahawa pegawai JAKIM ada terbabit dalam isu dasar dalam kementerian mereka ditempatkan, itu terlalu jauh dari sasaran dan matlamat asal penempatan mereka.

“Mereka ditempatkan untuk membantu sama ada dari segi integriti atau pengisian kerohanian dalam kementerian berkaitan, bukan memberi pandangan berkaitan soal dasar,” tegasnya.

Difahamkan MCCBCHST menyuarakan kebimbangan itu susulan satu laporan diterbitkan Daily Express bulan lepas

Laporan itu mengenai kebimbangan disuarakan Naib Presiden Parti Liberal Demokratik (LDP), David Ong kononnya pegawai JAKIM akan ditempatkan di setiap jabatan kerajaan bagi memastikan keputusan selari dengan prinsip Islam

Sementara itu menurut Fahmi, Perdana Menteri mengarahkan supaya Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar mengadakan pertemuan dengan pihak MCCBCHST dalam tempoh terdekat. .

BACA LAGI: PM Anwar hargai semangat rakyat semarakkan sambutan kemerdekaan

“Sebaik mungkin isu seperti ini diurus dengan baik tanpa salah faham terutama apabila penjelasan sudah dibuat tiga minggu lalu oleh JAKIM ketika isu ini dibangkitkan oleh seorang aktivis dan peguam ketika itu,” katanya.

Dalam perkembang berkaitan, Dr Mohd Na’im Mokhtar dipetik laporan FMT memaklumkan, beliau akan bertemu MCCBCHST untuk menjelaskan itu tersebut pada Jumaat ini.

Related Articles

Back to top button