Semasa

Kabinet setuju dua inisiatif bantuan subsidi tiket penerbangan diteruskan

Jemaah Menteri dalam mesyuarat Kabinet pada Selasa bersetuju meneruskan dua inisiatif bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata inisiatif itu ialah untuk meneruskan bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan untuk pelajar institut pengajian tinggi bagi laluan domestik antara Semenanjung, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan (FLYsiswa) dan mengekalkan harga siling tiket penerbangan antara Semenanjung dan Sabah dan Sarawak pada musim perayaan.

“Untuk inisiatif program FLYsiswa iaitu bantuan penerbangan kepada pelajar Sabah, Sarawak dan Semenanjung yang layak, mereka tetap diberikan bantuan RM300.

“Begitu juga untuk pelajar dari Semenanjung yang belajar di Sabah dan Sarawak, IPTA (institut pengajian tinggi awam), IPG (Institut Pendidikan Guru) dan sebagainya, itu akan dijadikan inisiatif tahunan,” katanya selepas merasmikan pembukaan Capsule Transit MAX, di Sepang.

Inisiatif FLYsiswa dilaksanakan melalui tahun lalu menerusi pemberian baucar digital bernilai RM300 kepada setiap pelajar yang layak untuk ditebus bagi pembelian tiket penerbangan laluan-laluan domestik antara Semenanjung, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Pelaksanaannya mendapat kerjasama daripada beberapa syarikat penerbangan utama negara antaranya Malaysia Airlines Berhad, AirAsia dan Batik Air.

Mengulas mengenai dasar harga siling tiket penerbangan di antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak semasa musim perayaan, kerajaan akan menetapkan harga siling seperti dilaksanakan sebelum ini iaitu pada harga RM599 dengan selebihnya akan disubsidi kerajaan kepada syarikat penerbangan.

BACA LAGI: Kerajaan tak bincang isu berkaitan GST, tiada hasrat perkenal semula

“Kadar itu akan dikekalkan dan diteruskan pada musim- musim perayaan akan datang termasuklah Krismas, Tahun Baharu Cina, Hari Gawai, Hari Raya dan sebagainya.

“Itu antara langkah yang kita ambil untuk memastikan terutamanya penduduk dan rakyat Sabah, Sarawak dapat dibantu dan mengurangkan beban mereka,” tambahnya.

Related Articles

Back to top button