Semasa

SPRM mulakan siasatan projek keatas projek 1BestariNet

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memulakan siasatan terhadap skandal tuntutan bayaran bagi tender perkhidmatan 1BestariNet Kementerian Pendidikan pada 2011.

Sumber SPRM dipetik laporan media berkata geledahan dijalankan di pejabat kerajaan dan pejabat YTL Communications Sdn Bhd di Kuala Lumpur pada Selasa.

Daripada hasil penggeledahan itu, sejumlah dokumen disita dan SPRM sedang mengkaji untuk mengenal pasti saksi-saksi yang akan dipanggil memberi keterangan bagi membantu siasatan.

“Siasatan menjurus kepada mengemukakan dokumen tuntutan yang mengandungi butir matan palsu melibatkan pembayaran kira-kira RM2.7 bilion,” katanya.

Sumber turut memberitahu media, fokus siasatan SPRM juga menjurus kepada elemen jenayah lain yang tertakluk di bawah Akta SPRM 2009.

Sebagai rekod, satu laporan polis dibuat ke atas Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Ogos lalu berhubung dakwaan penyelewengan membabitkan projek dikendali YTL Corporation Berhad (YTL) itu.

BACA LAGI: MKM buat laporan polis terhadap Muhyiddin berkaitan projek 1 BestariNet

Pengerusi Mahasiswa Keadilan Malaysia (MKM), Uzair Mohamad Fadzli sebagai memetik satu laporan portal berita tempatan mendakwa projek 1Bestari Net yang dijalankan ketika era Muhyiddin menjadi Menteri Pendirikan itu telah menelan belanja sebanyak RM4.6 bilion, jauh lebih tinggi daripada kos yang sepatutnya dianggarkan bernilai RM1 bilion menurut penilaian pihak industri.

MKM tegasnya memfailkan laporan terhadap Muhyiddin kerana percaya wujud salah guna kuasa dan isu penyelewengan melibatkan kepentingan awam serta dana negara yang besar.

Related Articles

Back to top button