Negeri

Smart Sewa Selangor: Kerajaan Negeri sasar sediakan 6,000 unit untuk rakyat

Kerajaan Negeri Selangor meletak sasaran bagi menyediakan 6,000 unit rumah mampu milik menjelang 2026, bagi membantu rakyat memiliki kediaman.

Exco Perumahan Datuk Borhan Aman Shah berkata usaha itu akan dilaksana melalui Skim Smart Sewa.

“Skim ini membolehkan mereka memiliki kediaman sendiri kerana 30 peratus kadar sewa akan digunakan sebagai deposit untuk belian Rumah Idaman atau Rumah Harapan selepas lima tahun,” jelasnya.

Beliau yang juga ADUN Pulau Sepat menjelaskan, setakat ini hampir 2,000 unit rumah disediakan dibawah skim itu jelasnya telah menerima sambutan baik berikutan kadar sewa dikenakan berpatutan.

Skim Smart Sewa Selangor ialah skim yang menawarkan sewaan rumah kepada golongan berpendapatan rendah dan sederhana dan 30 peratus daripada jumlah sewaan bersih akan digunakan untuk membayar deposit pembelian Rumah Selangorku.

BACA LAGI: Baitul Mahabbah Tanah Merah dirasmikan, KDN sasar 2 lagi dalam masa terdekat

Sebanyak 30 peratus daripada jumlah sewaan bersih yang dibayar juga akan dipulangkan semula apabila mereka memilih tidak lagi tinggal di unit berkenaan.

Skim tersebut menumpukan kawasan pembangunan atau bandar antaranya di Gombak, Hulu Langat, Petaling Jaya dan Subang setakat ini, sebelum diperluas ke kawasan lain.

Related Articles

Back to top button