Sukan

KBS rakam ucapan terima kasih kepada FAM jayakan perlawanan bolasepak Palestin-Jordan

Timbalan Menteri Belia dan Sukan merakamkan penghargaan kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) kerana menyediakan gelanggang berkecuali bagi perlawanan pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026 Zon Asia antara Palestin dan Jordan.

Adam Adli Abdul Halim dipetik laporan media berkata, beliau turut kagum dan berterima kasih kepada rakyat Malaysia yang telah hadir memberi sokongan kepada skuad kendalian Makram Daboub.

“Kementerian melihat ini sebagai satu manifestasi kepada nasib rakan-rakan kita di Palestin.

“Kita juga telah berbincang mengenai pertukaran budaya, kepakaran sukan selain harap dapat terokai sukan lain mengikut kesesuaian pihak Palestin.

“Buat masa ini kita bagi tumpuan kepada bola sepak dengan kerjasama FAM yang akan ditingkatkan lagi selepas ini,” katanya dipetik.

Palestin sebelum ini mengumumkan memilih Malaysia sebagai tuan rumah bagi perlawanan kelayakan itu.

Menteri Belia dan Sukan Palestin, Jibril Mahmoud Muhammad Rajoub ketika mengumumkan perkara itu berkata, meskipun banyak menerima tawaran dari negara lain, pihaknya memilih Malaysia yang disifatkan sebagai negara sahabat.

BACA LAGI: Malaysia tuan rumah perlawanan kelayakan bola sepak Palestin-Jordan

Perlawanan yang berlangsung di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur Cheras pada malam Selasa disaksikan 3,012 penonton.

Jordan meraih tiga mata dalam perlawanan itu selepas menewaskan Palestin, 3-1 hasil jaringan Yazan Al-Naimat (m-5, m-51) dan Noor Al-Rawabdeh (m-72) manakala gol Palestin dijelmakan Wessam Abou Ali minit ke-41.

Related Articles

Back to top button