Semasa

Wajar UPSR, PT3 dikembalikan semula, kata bekas Menteri Pendidikan

Bekas Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid setuju kepada cadangan agar sistem peperiksaan bagi Tahun Enam di sekolah rendah dan Tingkatan Tiga di sekolah menengah dirombak semula.

Jelasnya, ada kewajaran bagi ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) yang dimansuhkan pada tahun 2022 untuk dikembalikan semula.

“Pemansuhan UPSR dan PT3 oleh Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin pada 2022 dibuat dalam situasi tergesa-gesa dan tanpa melakukan kajian mendalam.

“(Sedangkan) peperiksaan tersebut sebelum ini telah terbukti menjadi teras kepada aspek kemenjadian murid,” katanya dipetik laporan media.

Mahadzir sementara itu menyifatkan kaedah Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) dan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) bagi menggantikan kedua-dua peperiksaan itu tidak menggambarkan tahap sebenar kemampuan pelajar berbanding menerusi penilaian berasaskan sistem peperiksaan.

“Kaedah pentaksiran tersebut juga saya fikir telah memberi beban tambahan kepada guru-guru kelas,” katanya.

Ahmad Zahid pada Sabtu mencadangkan semakan kepada dasar peperiksaan tahun enam dan tingkatan tiga ekoran wujudnya masalah pelajar tidak mahir membaca, menulis dan mengira (3M).

Menurutnya, terdapat kira-kira 10,177 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun lalu dikesan mengalami keciciran ekoran masalah kemahiran itu.

BACA LAGI: Isu berkait peperiksaan Tahun 6, Tingkatan 3 ke Kabinet – Menteri Pendidikan

Susulan itu Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek memberi respon melihat secara positif dan bersetuju dengan cadangan itu serta memberi komitmen untuk membawa perkara itu ke mesyuarat Kabinet.

Related Articles

Back to top button