Negeri

Insentif Haji Muassasah: lebih 14 jemaah Selangor terima manfaat

Insentif Haji Muassasah diperkenal Kerajaan Negeri Selangor telah memberi manfaat kepada lebih 14,000 jemaah.

Ketua yayasan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) Ahmad Azri Zainal Nor dipetik Selangorkini berkata, Kerajaan Negeri juga telah memperuntukkan keseluruhan RM15 juta setakat kini bagi melaksana inisiatif yang diperkenal sejak 2018 itu.

“Tahun ini jumlah permohonan paling tinggi. Sebelum ini insentif diberi mengikut konsep ‘first come first serve’. Kali ini insentif diberi kepada semua jemaah yang berdaftar di Tabung Haji ,” jelasnya.

Beliau memaklumkan sebanyak 4,606 permohonan tahun ini sedang disaring sejak ditutup 23 Ogos lalu.

Insentif Haji Muassasah merupakan bukti semangat serta komitmen pentadbiran Negeri Selangor mengangkat nilai Islam.

Pada 3 Mei lalu, Menteri Besar Datuk Seri AmirudinSaari mengumumkan Insentif itu ditingkatkan dari RM500 kepada RM1,000 dengan jumlah penerima ditambah kepada 6,000 berbanding 3,000 jemaah seperti tahun sebelumnya.

BACA LAGI: JWP peruntuk RM1.1 juta sebagai sumbangan kepada bakal jemaah haji Wilayah Persekutuan

“Tahun sebelum ini jumlah peruntukan insentif berjumlah RM1.5 juta. Seramai 3,000 jemaah terima manfaat.

“Tahun ini insentif dinaikkan ke RM1,000 dengan 6,000 kuota disediakan. Yayasan MBI peruntuk RM3 juta manakala Kerajaan Negeri menambah RM3 juta menjadikan jumlah keseluruhan peruntukan RM6 juta.” kata Ahmad Azri.

Related Articles

Back to top button