Semasa

KPKM umum dua geran baharu untuk golongan muda

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) melancarkan dua geran baharu khusus bertujuan membantu golongan muda yang terlibat dalam sektor pertanian dan agromakanan

Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Arthur Joseph Kurup berkata, geran Program Agropreneur Muda dikenali Geran Start-Up dan Geran Scale-Up itu bertujuan mengurangkan kos permulaan dan mengembangkan projek pertanian sedia ada

Geran Agropreneur Muda Start-Up merupakan penambahbaikan dari Geran Agropreneur Muda sebelum ini.

Melaluinya, bantuan dalam bentuk barangan dinaikkan kepada RM30,000 serta had umur yang dahulunya dari 18 hingga 40 tahun kini dinaikkan kepada 43 tahun.

“Selain itu, Geran Scale-Up yang diperkenalkan merupakan inisiatif menyokong agropreneur yang kekal aktif dan berdaya maju dalam sektor agromakanan.

“Melalui inisiatif tersebut, bantuan lanjutan disediakan sehingga RM50,000 kepada agropreneur muda yang pernah menerima Geran Agropreneur Muda untuk mengembangkan projek pertanian,” katanya pada pelancaran geran itu di MAEPS, Serdang pada Rabu.

Geran Scale-Up khusus kepada agropreneur yang melaksanakan projek huluan iaitu tanaman, ternakan dan perikanan manakala had umur bagi kategori ini ialah antara 21 hingga 45 tahun.

BACA LAGI: KPKM sokong usaha Sarawak majukan projek tenusu

Ia bertujuan membiayai penggunaan agroteknologi seperti Controlled Environment Agriculture (CEA), pertanian bandar (urban farming), teknologi berteraskan 4IR seperti (Internet of Things – IoT) dan Artificial Intelligence (AI), teknologi mekanisasi dan automasi serta penggunaan teknologi hijau dalam meningkatkan produktiviti ke arah keterjaminan makanan.

Sehingga September lalu, seramai 9,754 orang agropreneur muda mendapat kelulusan geran dalam bentuk barangan sebanyak RM178.5 juta.

Related Articles

Back to top button