Semasa

Kementerian Pendidikan Tinggi mudahkan pendaftaran universiti pelajar B40

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Mustapha Sakmud memberi jaminan tiada pelajar daripada golongan B40 akan tercicir daripada akses pendidikan di negara ini hanya kerana masalah yuran pendaftaran.

Ditemui pada Program Kepimpinan Muda Kebangsaan Karisma: Pemikir MADANI siri tiga di Putrajaya pada Khamis beliau berkata, kementeriannya telah meminta Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) untuk menerima pendaftaran pelajar ke institut pengajian tinggi awam (IPTA) bagi kemasukan Oktober terlebih dahulu dan isu berkaitan yuran boleh diselesaikan kemudian.

“Itu cadangan daripada Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Zambry Abdul Kadir…inti pati (gist) daripada itu adalah kita tidak mahu mana-mana golongan terutama B40 ini tercicir daripada akses pendidikan negara kita hanya kerana masalah yuran.

“Kita berharap pihak universiti maklum tentang perkara ini dan memastikan tiada pelajar yang tercicir hanya kerana masalah pendaftaran. Kita tidak mahu pelajar terhalang daripada melanjutkan pelajaran mereka hanya kerana isu ini,” katanya.,” katanya kepada pemberita.

BACA LAGI: PM Anwar jamin peluang lanjut pendidikan untuk pelajar cemerlang tanpa kira kaum

Mustapha sementara itu berkata, bagi pelajar yang memohon pinjaman PTPTN, wang pendahuluan pinjaman (WPP) berjumlah RM1,500 disediakan sebelum mereka mendaftar di IPTA dan Politeknik.

“Ramai pelajar mungkin tidak maklum tentang perkara ini. Jadi, kepada mereka yang tidak tahu atau masih mengalami kesulitan untuk mendaftar, jangan risau. Menteri telah memberi jaminan bahawa pelajar boleh mendaftar dahulu dan hal-hal berkaitan yuran akan diuruskan kemudian,” tambahnya.

Related Articles

Back to top button