Semasa

Pendekatan inklusif, berhemah diutamakan untuk selesai isu agama- PM Anwar

Pendekatan lebih inklusif dan berhikmah akan diutamakan dalam mencari jalan terbaik terhadap sebarang isu berkaitan agama Islam di negara ini

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan yang dipimpinnya terus komited mengemukakan mesej Islam yang rahmah serta berorientasi keadilan dan ihsan seiring semangat Malaysia MADANI.

“Saya percaya melalui muafakat dan perbincangan yang tuntas, kita boleh mencari banyak kesepakatan dalam menambah baik dan menguruskan urusan hal ehwal Islam di Malaysia,” katanya menerusi hantaran di laman Facebook.

Kenyataan itu menyusul sesi pertemuan dan musyawarah Perdana Menteri bersama para agamawan di Putrajaya.

BACA LAGI: PM Anwar mahu pelajar siapkan diri dengan ajaran Islam sebenar

Hadir dalam perbincangan itu ialah Pengerusi Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia Datuk Dr Nooh Gadot, Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Profesor Madya Dr Luqman Abdullah dan Mufti Perak Datuk Seri Wan Zahidi Wan Teh.

Turut hadir Mufti Sabah Datuk Bungsu@Aziz Jaafar, Mufti Johor Datuk Yahya Ahmad dan Mufti Pahang Profesor Datuk Dr Asmadi Mohamed Naim.

Pertemuan diadakan bagi bertukar pandangan mengenai pembangunan hal ehwal Islam serta isu semasa yang berkaitan di Malaysia.

Related Articles

Back to top button