Semasa

Kerajaan MADANI komited pastikan warisan unik etnik Sabah dan Sarawak terus hidup

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan komitmen bahawa pentadbirannya akan memastikan warisan unik Kadazan serta semua etnik di Sabah dan Sarawak terus hidup dan diwarisi generasi akan datang.

Iltizam itu dinyatakan ketika menerima kunjungan daripada Persatuan Kadazan Sabah (KSS) diketuai Presiden Datuk Seri Marcel Leiking bersama dengan lapan ahli jawatankuasa persatuan itu pada Jumaat.

“Pertemuan ini menjadi platform penting untuk memperkukuh hubungan antara kerajaan dan komuniti Kadazan, di samping bertukar pandangan berkaitan usaha memperkasakan budaya, bahasa dan tradisi yang menjadi identiti masyarakat ini,” kata Anwar menerusi hantaran di Facebook beliau.

BACA LAGI: 7 tuntutan MA63 selesai era PM Anwar, bukti komitmen Kerajaan Perpaduan

KSS ialah sebuah pertubuhan yang komited dalam memelihara dan memartabatkan warisan budaya masyarakat Kadazan di Sabah.

Susulan pertemuan itu, Perdana Menteri berharap kerjasama erat antara kerajaan dan KSS terus menyumbang kepada pengukuhan perpaduan nasional melalui keunikan budaya pelbagai kaum di negara ini.

Related Articles

Back to top button