Semasa

Baiki lubang benam: Dr Zaliha pertahan tempoh enam bulan sebagai tempoh munasabah

Tempoh sehingga enam bulan untuk menyiapkan kerja pembaikan lubang benam di sepanjang Jalan Masjid India, Kuala Lumpur dianggap tempoh munasabah, tegas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa.

“Tempoh baik pulih kawasan ‘ground zero’ dan kawasan SAR (cari dan menyelamat) akan mengambil masa tiga hingga enam bulan yang disifatkan munasabah.

“Jadi saya berharap pihak persatuan bersabar sehingga proses ini selesai demi keselamatan dan kesejahteraan semua,” katanya dipetik laporan FMT sebagai mengulas gesaan peniaga supaya kerja terbabit disiapkan menjelang hujung tahun ini.

Persatuan Perniagaan Masjid India sebelum ini menggesa kerja pembaikan itu dilaksana segera bagi membendung kerugian besar peniaga akibat kehilangan pelanggan.

BACA LAGI: Kerajaan pastikan pembangunan di Kuala Lumpur lebih teratur, selamat di masa depan

Presidennya Ameer Ali Mydin berkata, perniagaan di kawasan itu telah mengalami kemerosotan jualan sehingga 80% susulan jalan ditutup untuk membolehkan kerja pembaikan.

Jsuteru, tempoh sehingga enam bulan adalah terlalu panjang terutama Disember dan Mac iaitu ketika sambutan Hari Raya adalah waktu puncak perniagaan di kawasan itu.

Related Articles

Back to top button