Semasa

Stok bekalan ikan negara untuk musim tengkujuh mencukupi – LKIM

Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) telah melaksana persiapan awal bagi memastikan bekalan ikan di pasaran mencukupi sepanjangan musim Monsun Timur Laut (MTL) yang djangka bermula November ini hingga Mac 2025.

Pengerusinya Muhammad Faiz Fadzil, memberi jaminan bekalan mencukupi sepanjang tempoh itu kerana pihaknya sudah menyimpan bekalan penimbal ikan untuk keperluan pasaran.

Sehubungan itu beliau mengingatkan golongan peniaga supaya tidak cuba mengambil kesempatan menaikkan harga hasil laut.

“Kita ada simpanan ikan yang diimport oleh peniaga, malahan di Pantai Barat masih meneruskan aktiviti menangkap ikan. Kita ada stok ikan sejuk beku keseluruhan 1,500 tan di seluruh negara.

“Jadi tidak ada alasan peniaga naikkan harga ikan,” katanya

Muhammad Faiz sebelumnya hadir menyempurnakan Majlis Pecah Tanah Kilang Air Batu Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Besut, Terengganu pada Rabu.

BACA LAGI: Selangor fokus usaha modenkan sektor pertanian tanaman bernilai tinggi

Sementara itu, sebagai mengulas pembinaan kilang itu beliau berkata, ia bagi menampung permintaan air batu yang tinggi untuk sektor perikanan di daerah Besut.

Melibatkan kos RM3 juta, ia akan dibina dalam masa terdekat dan dijangka siap pada akhir tahun depan.

“Pembinaan kilang air batu ini secara tidak langsung akan meningkatkan pendaratan ikan, khususnya di Kuala Besut kerana sebelum ini ada rungutan daripada nelayan bahawa tidak cukup air batu untuk mendaratkan ikan,” jelasnya.

Related Articles

Back to top button