Negeri

Persediaan hadapi kemungkinan banjir telah dimulakan – MB Selangor

Kerajaan Negeri Selangor telah memulakan persediaan bagi menghadapi sebarang kemungkinan banjir besar.

Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata susulan bermulanya fasa peralihan monsun, pihaknya sudah mengarahkan Unit Pengurusan Bencana Negeri Selangor dan pihak berkuasa tempatan (PBT) bersiap sedia.

Unit Pengurusan Bencana Negeri juga perlu memberi tumpuan terhadap kerja-kerja membaiki dan menaik taraf saliran dan perparitan di kawasan kerap berlaku banjir… semua ini perlu dilakukan segera sebelum berhadapan waktu kemuncak iaitu sekitar November atau Disember nanti,“ katanya.

Amirudin berkata begitu pada majlis perasmian penutup Malaysia Techlympics 2024 Peringkat Zon Tengah di Klang pada Khamis.

Fasa peralihan monsun diramal melanda di kebanyakan kawasan barat dan pedalaman Semenanjung Malaysia, barat Sabah serta kawasan barat dan tengah Sarawak.

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) menjangkakan fasa itu akan berterusan sehingga November ini.

BACA LAGI: KPKM bantu pesawah, petani terjejas banjir di utara Semenanjung

Mengulas lanjut, Amirudin berkata kerajaan negeri juga akan menjadikan bencana banjir pada 2021 yang disifatkan paling buruk sebagai parameter dalam merangka langkah persediaan dan kesiapsiagaan negeri bagi menghadapi sebarang kemungkinan bencana itu semasa tempoh peralihan monsun.

Semua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang telah didaftarkan bagi menempatkan mangsa banjir pada 2021 juga akan diaktifkan semula sekiranya banjir berlaku.

Related Articles

Back to top button