Semasa

Pengendali pelabuhan mesti tingkat keupayaan, tarik pelabur

Pengendali pelabuhan perlu bertindak pantas mendepani persaingan sengit di peringkat serantau, tegas Perdana Menteri.

Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam ucapan pada majlis pecah tanah Westports 2 di Klang pada Jumaat berkata, persaingan sengit dan dinamik di rantau ini memerlukan pengendali pelabuhan meningkatkan keupayaan dan kapasiti sebaik mungkin.

Dalam usaha memastikan negara tidak ketinggalan dalam menarik pelabur, sama seperti industri lain, syarikat pelabuhan tidak boleh bergerak sendirian sebaliknya terus berganding bahu untuk bergerak pantas ke hadapan.

“Kita tidak bergerak berasingan. Kita berdepan dengan rantau yang dinamik dan persaingan itu sangat hebat. Kalau kita lembap (dan jika) kita anggap kejayaan kecil itu cukup membanggakan, kita akan ketinggalan,” katanya yang juga Menteri Kewangan.

Anwar turut mengingatkan, Malaysia tidak akan berjaya dan cemerlang jika tidak melakukan transformasi dalam memudahkan perniagaan dalam cara efisien selain mengelakkan ketirisan, rasuah dan salah guna kuasa.

Difahamkan, Westports 2 akan mewujudkan zon bebas baharu dengan keluasan tanah, lima ratus lima puluh (550) ekar dan akan dibangunkan dengan automasi dan pendigitalan.

keluasan baharu itu bakal penggandaan kapasiti pengendalian kontena Westports kepada 28 juta unit bersamaan 20 kaki (TEU) daripada 14 juta TEU dicatatkan pada masa ini.

Kawasan zon bebas ini juga dijangka akan menarik lebih banyak Pelaburan Langsung Asing (FDI) dan merangsang lebih banyak Pusat Pengedaran Serantau dan Global.

BACA LAGI: Selangor mahu jadi penyumbang terbesar pelaburan negara – Amirudin

Sementara itu menurut Anwar, keupayaan Westport sebagai hab maritim dan logistik global diperakui dunia dan kedudukannya akan terus mengukuh melalui pembukaan terminal kontena baharu di Westports 2 kelak.

Selain itu, lebih banyak pekerjaan berkemahiran tinggi akan diwujudkan untuk rakyat Malaysia melalui pembukaan terminal baharu itu.

Related Articles

Back to top button