Pilihanraya

PN kalah di DUN Mahkota dengan majoriti lebih 20,648 undi

Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota kekal milik Barisan Nasional (BN) apabila calonnya memenangi Pilihan Raya Kecil (DUN) itu yang diadakan pada Sabtu.

Syed Hussien Syed Abdullah yang mewakili blok Kerajaan Perpaduan memperoleh 27,995 undi sekaligus meninggalkan jauh pencabarnya daripada Perikatan Nasional (PN) Mohamad Haizan Jaafar yang sekadar meraih 7,347 undi.

Berdasarkan rekod, DUN Mahkota mula dipertandingkan pada 2004 dan telah melalui lima pilihan raya dengan empat daripadanya dimenangi BN.

PRK DUN Mahkota ialah PRK keempat tahun ini selepas PRK DUN Kuala Kubu Baharu di Selangor, PRK DUN Sungai Bakap (Pulau Pinang) dan PRK DUN Nenggiri (Kelantan).

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor lalu, kerusi tersebut dimenangi BN melalui penyandangnya Datuk Sharifah Azizah Syed Zain memenangi kerusi DUN itu dengan majoriti 5,166 undi.

Pilihan Raya Kecil (PRK) ini diadakan susulan kematian Sharifah Azizah pada 2 Ogos lalu.

Undi majoriti yang meningkat daripada Pilihan Raya Negeri 2022 dikatakan akibat faktor pertambahan undi dari penyokong Pakatan Harapan yang kali ini bersatu padu di bawah Kerajaan Perpaduan.

BACA LAGI: PRK Kuala Kubu Bharu manifestasi peningkatan sokongan rakyat kepada kerajaan

Sementara itu Pegawai Pengurus Pilihan Raya Azurawati Wahid ketika mengumumkan keputusan PRK itu di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi di Dewan Tunku Ibrahim Ismail malam tadi berkata, peratus pengundian pada Pilihan Raya Kecil (PRK) itu ialah 53.84.

339 kertas undi ditolak selain 24 tidak dikembalikan.

Related Articles

Back to top button