Semasa

Fadhlina ketuai delegasi ke Persidangan Menteri Pendidikan di Oman

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek mengetuai delegasi Malaysia ke Persidangan Menteri Pendidikan di Muscat, Oman selama dua hari.

Kementerian Pendidikan dalam satu kenyataan berkata, persidangan itu dianjurkan Pertubuhan Negara Islam Bagi Pendidikan, Sains dan Kebudayaan (ICESCO) bermula semalam.

Membabitkan penyertaan Menteri Pendidikan dan delegasi dari 27 negara anggota ICESCO, persidangan itu dianjurkan dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Oman serta Suruhanjaya Pendidikan, Budaya dan Sains Oman.

Sementara itu menurut kenyataan itu Fadhlina akan menyampaikan kenyataan negara pada persidangan itu dengan memberi tumpuan bagi memastikan pendidikan berkualiti yang menjadi teras pembangunan lestari.

Selain itu Malaysia turut akan berkongsi amalan dan pengalaman dalam memperkasakan pendidikan digital serta bidang kecerdasan buatan (AI).

BACA LAGI: KPM selesai isu pendidikan secara sistematik, holistik sejajar peredaran masa

“Fadhlina dijadual mengadakan beberapa pertemuan termasuk dengan Ketua Pengarah ICESCO, Dr Salem Mohammed Al-Malik, dan ketua perwakilan negara anggota untuk bertukar-tukar pandangan berkaitan kerjasama bawah inisiatif ICESCO serta Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).

“Ia bertujuan memperkukuh komitmen dalam mentransformasikan pendidikan, merapatkan jalinan dan berkongsi amalan terbaik dalam bidang pendidikan,” tambah kenyataan itu lagi.

Related Articles

Back to top button