Negeri

Selangor lahirkan 800 usahawan digital sepanjang tempoh setahun – Menteri Besar

Kerajaan Negeri Selangor berjaya melatih kira-kira 800 usahawan mikro, kecil, dan sederhana (PMKS) konvensional supaya mahir dalam bidang keusahawanan digital sepanjang tempoh setahun lalu.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, usaha yang dilaksana melalui Platform Selangor (PLATS) itu telah membuahkan hasil sangat baik sekali gus memperlihatkan kemampuan Selangor mencapai sasaran 50,000 usahawan PMKS menyertai Platform Selangor (PLATS) dalam masa dua tahun.

“Yang penting program itu bukan bersifat ‘one-off’ tetapi PLATS yang akan membimbing serta memperkasakan dengan kemahiran digital terutama dalam transaksi digital.

“Selari dengan Belanjawan 2025 Selangor, kita juga akan menumpukan digitalisasi dan kecerdasan buatan (AI) yang mampu memberi impak baik kepada proses proses pembandaran dan pengembangan perniagaan dan industri kita serta tidak ketinggalan terhadap perkhidmatan kerajaan,” katanya.

Beliau berkata begitu kepada pemberita selepas merasmikan Program Selangor 1,000 Digital Siri Lima (Akhir) anjuran Perbadanan Teknologi Maklumat Ekonomi Digital Selangor (SIDEC) di Selayang pada Jumaat.

Hadir sama, EXCO Belia, Sukan dan Keusahawanan Selangor, Mohd Najwan Halimi.

Sementara itu Amirudin sebagai mengulas program Selangor 1,000 Digital berkata, Ia dibangunkan dengan memberi tumpuan untuk memperkasakan pendigitalan usahawan dalam dan luar bandar menerusi penyediaan sumber, latihan dan sokongan penting kepada 500 usahawan e-dagang dan 500 hos penstriman langsung di seluruh Selangor.

“Jadi program ini membolehkan mereka memperoleh tranformasi pendidikan keusahawan ke arah pendigitalan yang merentasi daerah.

BACA LAGI: Tindakan terhadap GISBH akan berdasarkan fatwa ditetapkan

“Kita lihat tahap mobiliti sangat baik kerana jaringan pengangkutan yang tersedia dapat membolehkan peserta rentas daerah sepanjang lima siri program ini berlangsung,” katanya.

Setakat ini, program itu berjaya menarik penyertaan antara 1,400 atau 1,500 usahawan dengan keseluruhan 2,800 pendaftaran termasuk mengikuti secara dalam talian.

Related Articles

Back to top button