Semasa

Kerajaan MADANI akan kenal pasti kelemahan pentadbiran awam – PM Anwar

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan perkhidmatan awam di negara ini masih tidak memuaskan.

Pada ucapan perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia (ACCCIM) ke-78 di Petaling Jaya pada Ahad beliau berkata, kerajaan sentiasa membuat pemantauan antaranya di hospital, sekolah dan berkaitan permohonan pendaftaran serta lesen daripada pihak berkuasa tempatan.

Justeru pihaknya akan mengenal pasti kelemahan dalam pentadbiran untuk diperbaiki sekaligus memastikan penjawat awam dapat menjalankan tugas dengan lebih cekap.

“Semua ini, bila kita dengar belum memuaskan walaupun ada perubahan, masih ada kebocoran, …sebab itu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) saban hari tangkap kerana rasuah itu ada. Bila rasuah, itu (menyebabkan) kos perniagaan meningkat.

“Ketua Setiausaha Negara baru dilantik dapat memberikan tekanan yang sangat kuat, …saya sendiri memantau,” katanya.

BACA LAGI: KPKM akan mulakan langkah reformasi perkhidmatan awam

Sementara itu melalui satu hantaran di laman Facebooknya Anwar berkata, perkhidmatan awam mampu ditingkatkan melalui kecekapan, kepantasan kelulusan, perbelanjaan berhemah dan memperkemas tatakelola.

Namun tegasnya, tekad kerajaan itu juga perlu mendapat sokongan daripada sektor swasta.

Related Articles

Back to top button