Semasa

Cari kaedah baharu atasi kelewatan pelaksanaan projek – PM Anwar

Transformasi perkhidmatan awam perlu mencakupi kecekapan perancangan pembangunan terutama dalam mencari pendekatan baharu terkait isu kelewatan pelaksanaan projek.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui satu hantaran di laman Facebooknya berkata, perkara itu telah disentuh pada Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara Bilangan 7 Tahun 2024 yang dipengerusikannya semalam.

“Perlunya ada penerokaan kaedah pelaksanaan projek yang baharu berbanding kaedah konvensional selari dengan isu-isu, perubahan teknologi dan matlamat negara.

“Selain itu, satu inventori khusus perlu dibangunkan bagi mengenal pasti bangunan kosong di seluruh negara untuk membolehkan kerajaan mengoptimumkan penggunaan bangunan sedia ada dan mengurangkan pembinaan kompleks baharu pejabat kerajaan,” katanya.

BACA LAGI: Kerajaan MADANI beri perhatian kepada isu masyarakat Orang Asli

Melalui hantaran sama Anwar memaklumkan, mesyuarat antara lain meneliti kertas pembentangan melibatkan penambahbaikan tatacara penilaian dan pelaksanaan perbelanjaan pembangunan bagi mendapatkan nilai terbaik kepada kerajaan.

Related Articles

Back to top button