Semasa

KKM harap peruntukan kesihatan tidak dikurangkan pada Belanjawan 2025

Kementerian kesihatan (KKM) memberi penekanan terhadap penjagaan kesihatan primer bagi menggalakkan saringan awal dan pencegahan penyakit .

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad bercakap kepada pemberita pada Persidangan Pengurusan Bencana sempena Bulan Kesiapsiagaan Nasional peringkat Kementerian Kesihatan 2024 di Kuala Lumpur pada Rabu berkata, perkara itu antara tumpuan kementeriannya dalam Belanjawan 2025.

“Saya mahu mengubah pendekatan kepada penjagaan kesihatan yang sebenar bukan hanya tertumpu kepada rawatan penyakit atau sick care semata-mata tetapi fokus harus diberikan kepada langkah pencegahan dan promosi kesihatan bagi mengurangkan beban penyakit kronik seperti jantung, strok, HIV dan kanser.

“Saya yakin belanjawan kali ini akan mengalami trend peningkatan. Namun yang akan menentukan kejayaan tetapi bagaimana ia dibelanjakan dari sudut kecekapan, efisien dan kepentingan keutamaannya,” katanya seperti dilapor.

Belanjawan 2025 akan dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan pada Jumaat ini.

BACA LAGI: Johari gesa ahli Parlimen serius berbahas isu belanjawan, tidak main retorik politik

Sementara itu Dr Dzulkefly menegaskan, selain kepada penekanan terhadap penjagaan kesihatan primer, kementeriannya turut komited dalam mengembangkan fasiliti hospital termasuk fasiliti sekunder dan tertier.

Justeru beliau berharap peruntukan kesihatan sebanyak RM41.2 bilion untuk 2024 yang sudah dianggap besar tidak dikurangkan pada Belanjawan akan datang.

“Aspek utama yang perlu diberi perhatian ialah bagaimana peruntukan tersebut dibelanjakan dengan lebih cekap dan memfokuskan keutamaan sektor yang memerlukan,” tambahnya.

Related Articles

Back to top button