Global

Malaysia-Filipina komited teruskan rundingan berhubung isu Laut China Selatan

Malaysia dan Filipina komited meneruskan rundingan mengenai isu Laut China Selatan bagi mewujudkan Kod Tatalaku (COC) tegas Perdana Menteri.

Datuk Seri Anwar melalui satu hantaran di laman media sosialnya berkata, perkara itu telah dibincangkan bersama Setiausaha Hal Ehwal Luar Filipina Enrique A. Manalo, yang berada di Malaysia bagi menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Bersama (JCM) Malaysia-Filipina ke-8 di bangunan Parlimen pada Rabu.

“Rundingan dilaksana melalui dialog serta perbincangan yang konstruktif mengikut undang-undang antarabangsa termasuk Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu berkaitan Undang-Undang Laut (UNCLOS) 1982,” jelasnya.

Sementara itu Anwar sebagai mengulas JCM Malaysia-Filipina ke 8 berkata, ia mewujudkan peluang yang amat baik untuk kedua-dua negara meneroka kerjasama baharu terutama dalam bidang seperti pertanian dan keterjaminan makanan, ekonomi digital serta industri halal.

BACA LAGI: Kerajaan mahu pastikan Malaysia jadi jaguh ekonomi ASEAN

Ia turut menjanjikan potensi besar untuk memperkukuh hubungan dan memupuk kerjasama dua hala terutama kerana ia menandakan mesyuarat pertama seumpamanya sejak 2011.

“Ketika kita meraikan ulang tahun ke-60 hubungan diplomatik antara kedua-dua negara, saya bersemangat untuk memajukan kerjasama kita dengan memfokus kepada sikap saling menghormati dan berkolaborasi,” kata Anwar.

Related Articles

Back to top button