Negeri

Selangor cari kaedah lebih mampan urus sisa pepejal – Menteri Besar

Kerajaan Selangor sedang dalam proses memuktamadkan mekanisme mampan bagi meningkatkan amalan kitar semula kawasan kejiranan di seluruh negeri itu.

Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata, kaedah semasa yang bergantung kepada tapak pelupusan sampah bagi mengurus sisa pepejal tidak lagi mampan selain memberi kesan buruk kepada alam sekitar.

Justeru tambahnya, sudah tiba masa perubahan dilakukan ke arah sistem sisa pepejal kepada tenaga (WTE) seperti diamalkan di negara maju.

“Kaedah yang lebih mampan untuk mengurangkan sisa buangan juga boleh dicapai dengan menggalakkan sektor swasta meningkatkan penyelidikan dan pembangunan (R&D) bagi menghasilkan barangan yang lebih mampan.

“Saya juga melihat potensi besar industri pembinaan daripada bahan-bahan yang digunakan kepada amalan pembinaan, dan lebih banyak peluang dalam sektor makanan dan minuman untuk mengurangkan pembaziran makanan,” katanya pada ucapan perasmian Persidangan Polisi dan Amalan Penggunaan dan Pengeluaran Mampan (SCP) ASEAN di Shah Alam ada Isnin.

Persidangan dua hari bertemakan dianjurkan dengan kerjasama Meja Bulat Asia Pasifik Untuk Penggunaan dan Pengeluaran Mampan (APRSCP) Ke-17 itu menyaksikan penyertaan lebih daripada 200 pembuat dasar, pemimpin industri dan pakar dari rantau Asia Pasifik sebagai yang menandakan 12 tahun kerjasama antara Asia Tenggara dan Jerman.

BACA LAGI: Usaha jadikan Selangor pintu masuk industri halal rantau Asean dipergiat

Sementara itu Amirudin menyatakan rancangan pentadbirannya untuk melancarkan program kitar semula yang lebih berimpak.

Program itu yang akan diumumkan pada Belanjawan Selangor 2025 bulan hadapan akan digunakan dari hasil caj 20 sen yang dikenakan untuk setiap beg plastik, yang setakat ini dianggarkan berjumlah lebih RM20 juta.

Related Articles

Back to top button