ekonomi

Inflasi terkawal penting, sumbang pertumbuhan ekonomi negara – Timbalan Menteri

Kadar inflasi yang terkawal pada dua hingga tiga peratus amat penting untuk memastikan ekonomi negara mampu terus berkembang.

Timbalan Menteri Ekonomi, Datuk Hanifah Hajar Taib di Dewan Rakyat pada Khamis berkata kerajaan akan terus memantau dan memastikan harga keperluan asas berada dalam keadaan stabil dan akan terus disubsidi jika perlu.

“Dari segi pelaksanaan, kita akan sentiasa pastikan bahawa kepentingan rakyat akan diutamakan,” tambah pada sesi soal jawab lisan sebagi menjawab pertanyaan berhubung tindakan kerajaan untuk mengawal kadar inflasi negara.

Sementara itu jelasnya, ketegangan geopolitik yang berterusan pada peringkat global serta prospek pertumbuhan keluaran dalam negara kasar yang semakin baik pada tahun 2025 dijangka akan memberi tekanan terhadap kedudukan inflasi negara.

Bagaimanapun, kadar inflasi negara pada dasarnya terus menunjukkan trend menyederhana yang bermaksud peningkatan harga barangan akan mengalami kadar yang lebih perlahan.

“Kerajaan akan terus melaksanakan pelbagai inisiatif bagi meringankan kos sara hidup rakyat yang terkesan akibat inflasi, katanya.

“Usaha jangka pendek yang telah dikenal pasti termasuk program bantuan tunai kerajaan seperti Sumbangan Tunai Rahmah dan Sumbangan Asas Sara Hidup yang akan diteruskan dengan peruntukan lebih tinggi pada tahun 2025.

BACA LAGI: ‘Kami tak umum jihad, tapi inflasi turun pada kadar terendah’- Rafizi jawab Annuar Musa

Data terbaharu Jabatan Perangkaan Malaysia (DoSM) menunjukkan kadar inflasi Malaysia bagi September 2024 turun kepada 1.8 peratus daripada 1.9 peratus pada Ogos tahun ini.

Sebagai perbandingan, DoSM berkata inflasi Malaysia lebih rendah daripada di Vietnam (2.6 peratus) dan Filipina (1.9 peratus), bagaimanapun lebih tinggi daripada di Korea Selatan (1.6 peratus), Thailand (0.6 peratus), dan China (0.4 peratus)

Related Articles

Back to top button