ekonomi

Iskandar Malaysia catat pelaburan komited RM40.3 bilion dalam tempoh 9 bulan

Iskandar Malaysia mencatat pelaburan komited sebanyak RM40.3 bilion bagi tempoh Januari hingga September lalu, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menerusi satu hantaran di laman X Perdana Menteri turut memaklumkan, bagi tempoh sama pelaburan direalisasikan pula mencecah RM22.5 bilion

Perkara itu dimaklumkan ketika beliau mempengerusikan mesyuarat ke-33 Ahli Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) pada Khamis.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, mesyuarat itu turut membincangkan isu-isu berkaitan hala tuju dan inisiatif yang telah digariskan untuk Iskandar Malaysia, termasuk Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) yang akan memberi anjakan kepada ekonomi negara.

“Mengambil contoh ikhtiar pewujudan Pusat Memudah Cara Pelaburan Malaysia-Johor (IMFC-J), saya menekankan kepentingan keberkesanan pelaksanaan dari segi proses dan tempoh masa kelulusan sesuatu permohonan, selaras dengan strategi kerajaan dalam memudah cara perniagaan,” katanya.

Sementara itu tambahnya, dalam konteks Johor, pelbagai projek baharu dan sambungan yang diumumkan dalam Belanjawan 2025 perlu disambut dengan pelaksanaan segera serta berkesan.

BACA LAGI: Kewujudan zon ekonomi, zon kewangan bakal lonjak Johor sebagai negeri termaju

Negeri itu juga perlu memanfaatkan Kepengerusian ASEAN 2025 berikutan beberapa mesyuarat akan dianjurkan di negeri itu.

“Natijahnya, limpahan manfaat hanya akan dapat dirasai melalui perancangan serta pelaksanaan yang bersepadu dan berkesan,” tambah beliau.

Related Articles

Back to top button