Semasa

KPDN umum pelaksanaan JPRM sebagai insentif musim perayaan

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) memperkenalkan inisiatif baharu Program Jualan Rahmah Madani (PJRM) musim perayaan.

Menterinya Datuk Armizan Mohd Ali berkata, walaupun pernah dilaksanakan secara ‘ad-hoc’ sebelum ini, kementerian mahu dilaksana inisiatif itu secara lebih tersusun dan lancar bagi mengurangkan kos sara hidup.

“Selain Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP), PJRM musim perayaan juga adalah pendekatan baharu yang akan diadakan setiap musim perayaan dan akan bermula Deepavali ini.

“Program ini akan menggunakan peruntukan Agenda Payung Rahmah Madani yang diumumkan Perdana Menteri dalam Belanjawan 2025.

“Walaupun peruntukan bermula tahun hadapan, tetapi saya sudah arah Pengarah KPDN negeri menguna pakai peruntukan PJRM tahun ini untuk inisiatif baharu bermula dengan Deepavali terutama di kawasan ramai masyarakat India,” katanya.

BACA LAGI: Kempen Perangi Gula, KPDN mansuh produk bergula dari senarai diskaun Jualan Rahmah

Armizan sebelumnya mengadakan sidang media bagi pengumuman Pelaksanaan SHMMP Deepavali 2024 di NU Sentral Kuala Lumpur.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika pembentangan Belanjawan 2025 minggu lalu mengumumkan peruntukan PJRM di bawah Agenda Payung Rahmah Madani dinaikkan kepada RM300 juta berbanding RM200 juta sebelum ini.

Related Articles

Back to top button