Politik

Pembangkang gagal bawa isu kepentingan rakyat – Danial Al Rashid

Pembangkang terus menonjolkan kelemahan dan kurang kebertanggungjawaban dalam membawa isu-isu yang bermakna untuk kepentingan rakyat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Tiga, Danial Al Rashid Haron berkata, ia dapat dilihat apabila pembangkang gagal mengemukakan sebarang belanjawan alternatif kepada Belanjawan 2025 sebagai cadangan konstrukti membantu rakyat.

Situasi itu jelasnya telah membezakan prestasi pembangkang yang ada hari yang berbeza dengan Pakatan Harapan (PH) ketika berada di pihak pembangkang.

Pembentangan belanjawan alternatif ketika PH menjadi pembangkang membuktikan bahawa kritikan dilontarkan disertai dengan solusi yang jelas.

“Namun, apa yang kita lihat sekarang adalah pembangkang sibuk mempertikaikan hal-hal kecil dan remeh seperti Perdana Menteri tidak ambil gaji, serta bangkitkan istilah ‘ketimbang’.

“Ini memperlihatkan tahap mentaliti yang rendah dan menunjukkan mereka tidak bersedia untuk membawa perubahan yang benar-benar bermanfaat,” ujarnya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Sementara itu Danial sebagai menyentuh Sidang Dewan Negeri Selangor yang bakal bermula pada 15 November ini berharap pembangkang menjadi lebih kreatif dan relevan, bukannya sekadar mengitar semula isu yang sama tanpa penambahbaikan.

Jelasnya, melalui pengalaman dalam sidang-sidang dewan yang lalu isu-isu yang dibawa oleh pembangkang sering berulang, hampir sama dengan sidang November 2023.

BACA LAGI: Mana belanjawan bayangan dari pembangkang?

“Kami berharap sidang dewan negeri kali ini dapat menjadi platform untuk semua pihak menyumbang kepada pembangunan negeri dengan tumpuan kepada dasar dan isu-isu yang lebih bermakna, bukan mengitar semula dan membawa isu remeh temeh dalam perbahasan.

“Jangan hanya datang dengan kritikan kosong tetapi bawa juga cadangan yang mampu memberi manfaat kepada rakyat Selangor,” tambahnya.

Related Articles

Back to top button