Semasa

Menteri Kesihatan ambil maklum isu berkaitan bekalan kain putih untuk seragam kakitangan

Kementerian Kesihatan (KKM) mengambil maklum isu berkaitan bekalan kain putih untuk pakaian seragam kakitangannya yang didakwa tidak berkualiti,

Menterinya, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, pihaknya bersedia membawa isu tersebut ke mesyuarat pasca Kabinet peringkat kementerian.

“Perkara dibangkitkan ini sangat munasabah dan saya menyambutnya dengan baik,” kata Dr Dzulkefly kepada pemberita.

Beliau sebelumnya hadir ke Sambutan Bulan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan Peringkat Ibu Pejabat Kementerian Kesihatan Malaysia (IPKKM), di Putrajaya pada Jumaat.

Sambutan tersebut turut dihadiri Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Lukanisman Awang Sauni, dan Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), Datuk Dr Norhayati Rusli.b

Presiden CUEPACS, Datuk Dr Adnan Mat melalui laporan media minggu ini berkata. isu kain putih tidak berkualiti untuk seragam itu sudah lama dibangkitkan tetapi tiada tindakan dilakukan bahagian pembekalan kementerian itu.

Kain tersebut dakwanya bukan sahaja keras dan tebal, malah juga berwarna putih kekuningan.

BACA LAGI: Fasiliti kesihatan daif akan segera di naik taraf – Dr Dzulkefly

Sementara itu menurut Dr Dzulkefly, isu berkenaan juga perlu diambil maklum kepimpinan tertinggi kementerian.

Beliau bagaimanapun menyatakan keyakinan mereka bersedia membuat pertimbangan berkaitan bagi memberi yang terbaik dan suntikan motivasi kepada kakitangan KKM.

Related Articles

Back to top button