Semasa

Kajian geoteknikal di ibu kota mulai tahun depan- Dr Zaliha

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan memulakan kajian geoteknikal secara terperinci di kawasan segi tiga emas di ibu kota bermula tahun depan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa berkata begitu selepas menghadiri Majlis Apresiasi Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan Putrajaya pada Sabtu.

Sebagai mengulas mengenai usaha mengurangkan risiko seperti kejadian tanah mendap di ibu kota beliau menegaskan, pihaknya sudah mengeluarkan arahan kepada semua pemaju agar mematuhi syarat baharu permohonan kebenaran merancang berkuat kuasa serta-merta selepas insiden di Jalan Masjid India pada Ogos lalu.

Syarat baharu dikeluarkan itu bertujuan mengurangkan sebarang risiko insiden pada masa akan datang memandangkan syarat kajian geoteknikal ditetapkan sebelum ini hanya membabitkan kawasan yang bercerun.

“Permohonan merancang ini mewajibkan pihak pemaju mengemukakan kajian teknikal sebelum ia diluluskan.

BACA LAGI: India nyata penghargaan atas kesungguhan pasukan SAR Malaysia

“Tidak kira sama ada kawasan itu bercerun mahupun kawasan lapang, tanah rata atau dimana-mana sahaja di sekitar ibu kota, kita akan pastikan pihak pemaju mengemukakan syarat ditetapkan bersama syarat-syarat lain,” katanya.

Sementara itu Dr Zaliha merakamkan ucapan terima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengumumkan peruntukan RM10 juta bagi melaksanakan Kajian Geoteknikal Struktur Lapisan Tanah di jalan-jalan utama sekitar Segi Tiga Emas Kuala Lumpur melalui Belanjawan 2025 lalu.

Related Articles

Back to top button