Semasa

Kenyataan Pesuruhjaya Pas Perak memalukan – Rafizi

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli membidas ahli politik pembangkang yang terus menggunakan isu perkauman demi meraih sokongan.

Mengulas kenyataan Pesuruhjaya Pas Perak Razman Zakaria baru-baru ini Rafizi menegaskan. Islam tidak pernah mengajar umatnya untuk bermusuh hanya disebabkan perbezaan fizikal.

“Razman Zakaria membuat ucapan perkauman yang secara halus mengatakan orang Melayu mesti bersatu untuk melawan orang Cina.

“Dia kata mata sempit tu orang Cina, jadi yang mata bulat macam dia ialah Melayu.

“Saya tenung-tenung gambar dia dengan Ahli Parlimen Kuching, Dr Kelvin Yii Lee Wuen. Saya rasa mata mereka sama sempit dan semua bulat,” katanya menerusi satu hantaran video di laman sosial, X pada Jumaat.

Razman didakwa membuat kenyataan berbaur perkauman pada perhimpunan tanpa kebenaran di Menara Condong Teluk Intan, Perak susulan insiden pengibaran bendera China di lokasi sama semasa festival kebudayaan Guan Gong.

Pengibaran bendera China dikibarkan pada pesta antarabangsa dan ia disertai oleh ratusan delegasi dari luar negara itu di polimikkan pembangkang walaupun terdapat bendera negara lain turut dikibarkan.

Mengulas lanjut, Rafizi menegaskan bahawa beliau malu akan kenyataan yang dibuat oleh Razman itu kerana sejarah Islam di China lebih lama berbanding Malaysia.

BACA LAGI: PN kalah teruk di Nenggiri, bukti rakyat tolak politik fitnah

Menurutnya, jumlah orang Islam di China dijangka sekitar 30 juta hingga 50 juta orang bahkan lebih ramai berbanding bumiputera Islam di negara ini.

“Saya tak terkejut Razman terus buat kenyataan berbahaya seperti ini. Dia ada rekod buka mulut kena saman. Dengan PMX (Datuk Seri Anwar Ibrahim) dia minta maaf. Dengan Lim Guan Eng, bayar saman kerana memfitnah,” tambahnya.

Related Articles

Back to top button